Assalamualaikum semua
Apa khabar semua
Bidang Penyejukkan dan Penyamanan Udara ( PPU ) telah cikgu layari sejak tahun 1998.
Permulaan bidang ini bagi cikgu sangat-sangat indah. kenangan demi kenangan yang dicipta dan cikgu bertambah sayang SO mengambil keputusan untuk menulis blog ini khas untuk subjek PPU dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang PPU.
Apa yang cikgu akan tuliskan disini adalah berlandaskan pengetahuan cikgu dan Pengalaman cikgu dalam bidang PPU , dengan harapan blog ini akan menjadi blog rujukan kepada semua yang berkenaan.
Tajuk ( MPPU 1014 )
INTRODUCTION TO REFRIGERATION
KURSUS
|
TEKNOLOGI PENYEJUKAN DAN PENYAMANAN UDARA
|
Module
|
01 - INTRODUCTION TO REFRIGERATION
|
Competency
|
01 - UNDERSTAND ORIENTATION AND
INTRODUCTION TERMINOLOGY
|
Learning
Standard
|
1.1
Development of refrigeration
1.2
Discuss
basic refrigeration terms
1.3
Methods of heat transfer
1.4
Basic refrigeration cycle
|
Performance
Criteria
|
1.1.1 Explain the
history of refrigeration
1.1.2 Explain
correctly the uses of refrigeration at early and modern application
1.1.3 Explain
correctly how a mechanical refrigerator operates
1.2.1
Describe the terms heat, heat flow, cold and cold preserve food
1.3.1
Discuss and understand correctly the methods of heat transfer
1.4.1
Name four major components in refrigeration cycle
1.4.2
Draw correctly the refrigeration cycle circuit
1.4.3 Use the pressure temperature chart to
explain the refrigeration cycle
1.4.4 Define
temperature, states and pressure and where they are found in
refrigeration system
1.4.5 Discuss and understand the states of the
refrigerant throughout the system
|
TAJUK
|
MEMAHAMI ORIANTASI DAN PENGENALAN KEPADA TERMINOLOGY
|
Memahami
oriantasi dan pengenalan kepada terminologi
Pengenalan kepada
sistem penyejukan
Penyejukkan
didefnisikan sebagai proses pemindahan haba dari satu tempat yang tidak
diperlukan kesatu tempat yang memerlukan.
Haba yang tidak diperlukan
pada suatu tempat, ruang ataupun bahan perlulah dipindahkan untuk menjadikan
sesuatu tempat, ruang ataupun bahan menjadi sejuk atau nyaman. Proses ini
dipanggil hukum penyejukan (refrigerated cordinarily) dimana haba
akan dipindahkan dari tempat yang panas ke tempat yang sejuk.
Penyejukan
(refrigeration) ditakrifkan sebagai satu proses menjadikan
sesuatu itu sejuk. Manakala sejuk pula boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan
tanpa haba. Oleh sebab itu, penyejukan (refrigeration)
ialah proses pemindahan atau pembuangan haba dari satu bahan samada pepejal ,
cecair, mahupun gas.
Sejarah
penyejukan (History of refrigeration)
Sistem penyejukan dan penyaman udara adalah satu sistem yang sangat penting
kepada manusia pada masa kini. Terdapat berbagai-bagai jenis dan model direka
untuk memenuhi permintaan pengguna. Seawal kehidupan manusia, manusia mengenali bahawa
bahan sejuk adalah suatu medium yang sesuai digunakan untuk memindahkan haba.
Oleh itu salji dan ais adalah diperlukan untuk tujuan pemindahan haba tersebut.
Salji digunakan untuk menyimpan daging dan sebagainya supaya tahan lebih lama
Ikan yang
disimpan dalam ketulan ais
Orang China mempelajari bagaimana ketulan ais
ini boleh menyegarkan minuman . Mereka memotong beberapa ketulan ais di dalam
tasik semasa musim sejuk dan disimpan untuk dijual pada musim panas. Mengikut
sejarah juga ,orang China adalah manusia yang pertama memperkenalkan minuman
yang dicampurkan dengan ais dan ia menjadikan minuman lebih sejuk dan lebih
sedap untuk diminum.
Orang-orang Greek dan Roman mempergunakan hamba abdi untuk membawa salji dari pergunungan dan disimpan di tempat yang dikhaskan berbentuk seperti kununtuk tujuan menyejukan makanan. Bagitu juga dikalangan penduduk Egypt yang mendapati bahawa air yang disimpan di dalam tempayan yang diperbuat daripada tanah lebih sejuk daripada air yang disimpan di tempat lain. Tempayan yang berisi air tadi disimpan di atas bumbung di sebelah matahari jatuh .
Ketulan ais
dijual untuk mengawet makanan
Apabila malam, suhu bertukar menjadi sejuk .
Ini menyebabkan suasana sekeliling bertukar menjadi lembab. Kelembapan akan mempengaruhi
suhu air dalam tempayan. Dalam masa yang sama proses pemeluwapan (evaporation) berlaku dan menyebabkan air
berubah sifat menjadi sejuk.
Pembangunan sistem penyejukan
Sejarah
pembangunan sistem penyejukan bermula disekitar tahun 1626. Francis Bacon adalah manusia pertama yang
memikirkan bahawa sistem penyejukan adalah sangat penting untuk menyimpan
makanan. Beliau telah membuat satu penyelidikan dengan menyimpan daging ayam di
dalam satu tempat khas yang diisi dengan salji. Beliau telah mendapati bahawa
daging ayam yang disimpan di dalam tempat yang diisi dengan salji dapat
mengawal pembiakan bakteria.
Selepas penemuan
yang pertama oleh Francis Bacon pada tahun 1626 dengan menggunakan salji, pada
tahun 1834 terciptalah reka bentuk mesin penyejukan yang pertama. Reka bentuk
sistem penyejukan yang pertama ini telah ditemui selepas 208 tahun berlalu. Tujuh
belas tahun kemudian, dalam tahun 1851
Dr. John Gorerie of Apalachicola dari Florida telah dianugerahkan sebagai
pereka perubahan dan pembuatan ais. Unit
buatan beliau digunakan di United States Marine Hospital di Apalachicola, untuk
tujuan perubatan.
Pada tahun, 1910 Sear Reback And Company telah berjaya mencipta peti
sejuk domestik (domestik refrigerator)
yang pertama. Peti sejuk domestik ini mampu menghasilkan 25 pound (11-34 kg)
ais , tetapi mesin ini hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat sahaja. J.L Larsen telah mengeluarkan peti sejuk yang
dijalankan secara manual pertama pada tahun 1913. Namun begitu penggunaannya
tidak begitu meluas. Pada tahun 1918 sebuah syarikat yang terkenal Kalvinator Company
telah berjaya menghasilkan peti sejuk yang pertama yang beroperasi secara
automatik . Ini membuka lembaran baru dalam menghasilkan produk peti sejuk.
Pada tahun, 1910 Sear Reback And Company telah berjaya mencipta peti
sejuk domestik (domestik refrigerator)
yang pertama. Peti sejuk domestik ini mampu menghasilkan 25 pound (11-34 kg)
ais , tetapi mesin ini hanya boleh digunakan dalam masa yang singkat sahaja. J.L Larsen telah mengeluarkan peti sejuk yang
dijalankan secara manual pertama pada tahun 1913. Namun begitu penggunaannya
tidak begitu meluas. Pada tahun 1918 sebuah syarikat yang terkenal Kalvinator Company
telah berjaya menghasilkan peti sejuk yang pertama yang beroperasi secara
automatik . Ini membuka lembaran baru dalam menghasilkan produk peti sejuk.
Dalam jangka masa yang agak lama iaitu lebih
kurang 300 tahun, maka wujudlah sebuah unit penyejukan yang mana sampai ke hari
ini ia digunakan dengan secara meluas. Suatu ketika dulu sistem penyejukan
hanya digunakan oleh golongan atasan sahaja. Tapi masa kini, ia merupakan
keperluan asas tidak kira golongan sederhana atau golongan atasan.
Teknologi
penyejukan semakin berkembang maju dan
lebih canggih. Pada masa kini unit-unit penyejukan lebih mesra alam dengan
penggunaan bahan pendingin bebas CFC dan kurang menggunakan tenaga berbanding
dengan unit-unit yang terdahulu tetapi mempunyai kecekapan penyejukan yang
lebih tinggi.
Kemungkinan pada
masa-masa hadapan peti-peti sejuk akan bebas terus dari penggunaan sebarang
bahan kimia dan dapat menggunakan magnet untuk penyejukan.
Prinsip kendalian sistem penyejukan
Sistem penyejukan dikendalikan oleh
empat komponen asas; iaitu;
i. Pemampat
(compressor)
ii. Pemeluwpa
(condenser)
iii.Peranti
pemeteran (metering device)
iv. Penyejat
(evaporator)
Pemampat berfungsi untuk menyenggara tekanan tinggi dan rendah sistem
penyejukan. Ia berfungsi seperti jantung kepada sistem. Pemampat akan menyedut gas bahan pendingin tekanan
dan suhu rendah dari penyejat untuk dimampatkan menjadi gas bahan pendingin tekanan
dan suhu tinggi . Gas bahan pendingin tekanan
dan suhu tinggi ini terus dianjakkan ke
pemeluwap.
Pemeluwap pula berfungsi untuk
menyingkirkan haba yang diserap oleh bahan pendingin ke udara luar secara
perolakan udara biasa atau secara perolakan udara paksa. Apabila haba dari gas bahan
pendingin bertekanan dan suhu tinggi disingkirkan dipemeluwap, bentuk gas bahan
pendingin akan bertukar kepada cecair bertekanan dan suhu tinggi.
Cecair bahan pendingin tekanan dan
suhu tinggi ini akan dialirkan ke penyejat melalui peranti pemeteran. Peranti pemeteran ialah komponen yang
mengawal kadar aliran cecair bahan pendingin dari bahagian tekanan tinggi ke
bahagian tekanan rendah sistem. Peranti pemeteran juga berfungsi untuk
menurunkan tekanan cecair bahan pendingin supaya ianya menjadi cecair bahan
pendingin bersuhu rendah sebelum masuk ke penyejat.
Di Penyejat, cecair bahan
pendingin bersuhu rendah di dalam penyejat akan menyerap beban haba penyejukan
. Proses ini menyebabkan cecair bahan pendingin tekanan dan suhu rendah itu
akan bertukar menjadi gas bahan pendingin tekanan rendah suhu rendah. Gas bahan
pendingin tersebut akan disedut semula oleh pemampat untuk mengulangi kitaran
penyejukan
HABA
Prinsip kitaran penyejukan ialah satu
proses pemindahan haba. Haba ialah
sejenis tenaga yang tidak dapat dibentuk atau dimusnahkan. Haba dapat
diperolehi dengan menukarkan satu tenaga kepada satu tenaga yang lain. Haba
boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, iaitu haba eletrik, haba mekanik, haba
nukleus, haba suria dan haba kimia.
Contoh:
a. Tenaga elektrik ditukarkan kepada tenaga mekanikal atau tenaga sawat bagi menggerakkan pemampat (compressor).
b. Tenaga suria boleh menjalankan sistem penyaman udara suria.
Tenaga mekanikal boleh menjalankan sistem penyaman udara kenderaan.
Haba berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu bahan ke satu bahan lain melalui berbagai-bagai cara. Proses pemindahan haba berlaku dari suhu yang tinggi ke suhu yang rendah dan berhenti apabila suhu kedua-duanya seimbang.
Perpindahan
haba
Haba dapat dipindahkan dengan tiga kaedah, iaitu;
i.
Kaedah pengaliran
ii.
Kaedah
perolakan
iii.
Kaedah
pancaran atau sinaran
Kaedah pengaliran
Proses ini berlaku apabila
haba berpindah dari satu benda atau bahan yang sama atau dua benda yang
bersentuhan
Contohnya
;
Plat keluli lembut yang
dipanaskan dengan menggunakan api kimpalan gas.
Pada peringkat awalnya hanya tempat yang terkena api sahaja yang akan
panas. Tetapi lama kelamaan keseluruh plat tersebut akan menjadi panas.
Kaedah
perolakan
Proses perpindahan haba secara perolakan berlaku apabila
cecair atau gas dipanaskan atau disejukan.
Dalam proses perolakan molikul-molikul
bahan yang dipanaskan akan mengembang dan lebih ringan daripada molikul sejuk. Dalam keadaan tersebut molikul yang ringan akan naik ke atas dan apabila menjadi berat,
molikul itu akan bergerak kebawah.
Contohnya:
Proses
memanaskan air. Air di bahagian bawah bekas akan menerima haba dahulu dan
begerak ke atas dan
air yang lebih rendah suhunya di bahagian atas bekas akan
bergerak ke bawah secara olakan.
Kaedah
pancaran atau sinaran
Sinaran adalah proses
pemindahan haba secara terus tanpa melalui perantaraan dari bahan bersuhu
tinggi kepada bahan bersuhu rendah melalui ruang udara yang kosong.
Contohnya
:
Sinaran cahaya matahari
yang memancarkan ke bumi. Bahan-bahan
yang terdedah kepada cahaya matahari akan menjadi panas. Adakalanya bahan yang terkena cahaya matahari
ini akan terbakar
Unit-unit Haba.
a)
Unit imperial,
yang menggunakan sukatan unit haba British – BTU.
b)
Unit metrik, yang menggunakan sukatan dalam unit kalori dan joule.
Unit
Haba BTU (British Thermal Unit)
Unit ini lebih dikenali dengan ‘BTU’.
1 BTU bermaksud jumlah kandungan haba yang
diperlukan bagi menaikkan suhu 1 lb air pada 1°F.
Berat dikira dalam sebutan paun dan suhu disukat dalam
darjah Fahrenheit.
Kitaran
asas penyejukan
Kitar penyejukan asas ialah suatu
kitaran yang menunjukkan bagaimana bahan pendingin mengalir ke seluruh sistem
yang mengandungi empat komponen utama iaitu pemampat, pemeluwap, peranti pemeteran
dan penyejat.
Pemampat akan menyedut wap bahan pendingin
dari saluran sedutan dan memampatkanya menjadi tekanan tinggi dan suhu tinggi,
lalu disingkirkan ke pemeluwap melalui saluran nyahcas.
Pemeluwap berfungsi untuk menyingkirkan haba
yang terhasil daripada proses mampatan dan proses sejatan dari penyejat. Semasa haba disingkirkan, proses pemeluwapan
berlaku dimana wap bahan pendingin bertukar bentuk menjadi cecair bahan pendingin.Tekanan
dan suhu cecair bahan pendingin masih tinggi dan mengalir ke peranti pemeteran.
Peranti permeteran berfungsi
untuk merendahkan tekanan dan suhu cecair bahan pendingin yang dialirkan ke
penyejat.
Penyejat berfungsi untuk menyerap haba dari
ruang yang didinginkan. Semasa penyerapan haba berlaku, proses sejatan cecair iaitu cecair bahan
pendingin bertukar menjadi wap yang bersuhu rendah dan bertekanan rendah. Seterusnya,
bahan pendingin mengalir ke pemampat dan kitaran bermula lagi.
SOALAN TUTORIAL
1. Nyatakan definasi haba.
Haba ialah sejenis tenaga yang tidak dapat dibentuk atau musnahkan.
2. Nyatakan kaedah perpindahan haba.
3 kaedah
i. Kaedah pengaliran
ii. Kaedah perolakan
iii. Kaedah pancaran atau sinaran
iii. Kaedah pancaran atau sinaran
RUJUKAN:
Good job cgu Aznita...
ReplyDeleteBetway Casino Hotel Las Vegas, NV, US - MapYRO
ReplyDeleteFind the 동두천 출장안마 best Betway Casino Hotel Las Vegas, 서귀포 출장안마 NV, US on MapYRO. 정읍 출장샵 the Strip at the Hotel 안성 출장안마 and Casino Las Vegas, Las Vegas, Nevada. 경기도 출장안마
1xbet - No 1xbet Casino | Live dealer casino online
ReplyDelete1xbet is a sol.edu.kg reliable casino หาเงินออนไลน์ site that offers a great casino games from the best software providers for the regulated gambling markets. Rating: 8/10 https://jancasino.com/review/merit-casino/ · https://septcasino.com/review/merit-casino/ Review by a Tripadvisor user · 1xbet korean Free · Sports